Skrip Berdarah
Harga Promosi
RM 35
Novel Skrip Berdarah
"Maruah seorang wanita bukan untuk dipijak, dan kebenaran tidak akan selamanya tertindas oleh algoritma kebencian."
"Dia menyangka hidupnya adalah sebuah pengabdian, namun manusia lain menuliskan sebuah skrip berdarah buatnya."
Afeya, seorang pakar nutrisi yang teguh dengan prinsip, tidak pernah menyangka bahawa kejujurannya di pejabat akan dibalas dengan pengkhianatan yang merobek maruah. Regina, rakan sekerja yang menyimpan hasad, telah merangka sebuah Skrip Berdarah, fitnah siber dan sabotaj profesional yang memusnahkan reputasi Afeya dalam sekelip mata.
Dalam kehancuran, Afeya pulang ke Kampung Sentosa, mencari sisa kekuatan di bawah bumbung rumah Pak Yahya. Di sisi Zikri Ubaidillah, lelaki yang menjadi perisai di saat dia kehilangan ibu bapa di Mekah, Afeya bangkit semula. Dia menukarkan parut lukanya menjadi penawar dengan membina Aura Nutricare.
Namun, takdir membawa Afeya melangkaui sempadan kampung. Panggilan kemanusiaan dari bumi Palestin memaksa Afeya memilih: kekal dalam zon selesa atau menyertai pelayaran berisiko tinggi, Sumud Flotilla.
Dari dapur kecil di kampung ke gelombang Mediterranean yang ganas, Afeya membuktikan bahawa luka dari sebuah skrip berdarah bukanlah pengakhiran, tetapi sebuah tarbiyah untuk menjadi cahaya bagi ummah yang sedang berdarah di Gaza.



Ulasan
Catat Ulasan